Tuesday, 15 July 2014

PENGENALAN DIPLOMA KEJURUTERAAN MAKANIKAL (LOJI)


Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)
Program Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Loji) ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan teori dan praktik untuk membolehkan mereka mengendali dan mengawal loji-loji kuasa di sektor awam dan swasta. Kursus ini juga memberi asas yang luas dalam kejuruteraan mekanikal dan seterusnya membawa kepada bidang pengkhususan kejuruteraan loji. Modul pengkhususan adalah Lukisan Perkhidmatan Loji, Amalan Bengkel Loji, Kejuruteraan Loji Kuasa, Selenggaraan Loji, Pneumatik & Hidraulik dan Sistem Kawalan Loji di samping modul teras dan beberapa modul elektif yang pelajar perlu diambil. Lulusan dalam bidang ini dapat menceburi pekerjaan dalam pelbagai industri kujuruteraan mekanikal dan industri-industri yang menggunakan loji kuasa.Kursus ini juga dirangka untuk melahirkan pelajar yang bersedia untuk menghadapi cabaran dalam menjadikan negara ini sebuah negara perindustrian maju menjelang abad kedua puluh satu selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia yang akhirnya akan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pelajar akan menjalani latihan industri dalam semester keempat bagi kursus diploma untuk mendapat pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan di industri. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan gabungan antara teori dan kerja amali, kajian kes, perbincangan dalam kumpulan, persembahan serta tugasan. Pelajar juga diberikan projek untuk diselesaikan secara berkumpulan pada semester akhir bagi pelajar diploma untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan kreativiti secara usaha sama. Lulusan diploma boleh melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah pertama di Universiti yang berkaitan.
Peluang pekerjaan

POWER PLANT


NUCLEAR PLANT
  • Pembantu Kanan Kejuruteraan Mekanikal
  • Penyelia Juruteknik / Unit Kejuruteraan Mekanikal
  • Pentadbir Penyenggaraan Kejuruteraan Mekanikal
  • Pembantu Jurutera Loji
  • Plant Maintenance & Operation Technician
  • Plant Operator
  • General Technician
  • Apprentice (Boiler man & Steam Engineer).
    OIL DRILING

No comments:

Post a Comment